Saturday, November 27, 2010

Cinta 'mereka' Di UITM (2)

 Sambungan dari yg lalu...

Mereka menghadiri kelas malam untuk menggantikan kelas matematik yg pernah skip.Setelah selesai sesi pembelajaran di kelas,Jejaka dan Gadis pulang ke hostel bersama2.Ketika itulh Jejaka memberitau kpd Gadis bhw roomate Jejaka telah kehilangan 'sesuatu',dan tidak ketahui siapa yg mengambil henfon itu.Gadis dgn itu meneruskn langkahnya ke hostel dan berjanji hendak menelefon Jejaka bila sudah sampai ke biliknya.Banyak kali Gadis try kol,tp tidak juga Jejaka menjawab panggilan itu.Gadis pula merajuk saban hari kerana Jejaka tidak mengendahkannya.


Esoknya,di dlm kelas,Gadis ingin bertanya kpd Jejaka kenapa Jejaka tidak menjawab panggilan Gadis,tapi tidak berkesempatan kerana pensyarah sudah masuk ke kelas.Selepas habis kelas,Gadis bertambah pelik kerana Jejaka seperti mengelak dari berjumpa dgn Gadis.Gadis rasa sedih kenapa kekasihnya tiba2 berubah.Tiba2,Jejaka SMS Gadis dan ajak berjumpa di taman.Jejaka memberitau bahawa dia berharap Gadis tidak terkejut mendengar berita yang hendak di sampaikannya.Ketika itulah Jejaka memegang tangan Gadis dan memberitahu bahwa semalam Jejaka telah dipukul oleh rakan2nya kerana ...........Gadis berasa dunianya gelap seketika,terkejut kerana org yg dia kasihi sanggup berbuat demikian.Jejaka menitiskan air mata dan merayu kpd Gadis utk berpindah bersamanya ke tempat pengajian yg lain.Kerana terlampau kasih,Gadis setuju utk berpindah bersama2 Jejaka.Gadis langsung tidak berfikir panjang,kerana rasa simpati Gadis melebihi segalanya.


Gadis pulang ke biliknya,sendirian berfikir,bagaimanakah harus dia lalui kehidupan di sini kerana Gadis turut merasakan tempias kelakuan Jejaka.Tapi Gadis kuatkan semangat,dia sanggup melalui pandangan sinis kwn2 Jejaka,janji dia berada di sisi Jejaka,memberi semangat kepda Jejaka utk meneruskan pengajian,lagipun Jejaka sudah berjanji utk insaf dan Gadis juga sudah memaafkan dia.Kadang kala pelajaran Gadis sedikit terganggu,kerana terlampau fikirkan perasaan Jejeka.Ialah,macam mana lah kehidupan Jejaka bila dipulaukan oleh kawan2 nya,selerakah Jejaka hendak makan minum.Setiap minggu Gadis akan menemani Jejaka pulang ke rumah.Jejaka memberitahu Gadis bhw dia x sanggup berada di UITM walau utk seketika,selagi ada peluang,dia hendak balik ke KL.Jejaka mengajak Gadis mengisi borang pindah utk ke UITM (M).Gadis berat hati utk berpindah,tapi bila sudah bercinta,buta lah jadinya.Akhirnya Gadis bersetuju pindah bersama.

Semester 2,mereka berada di tempat lain,jauh dari pandangan dan kata2 hina.Gadis berasa pelik,kenapa kawan2 Jejaka turut melibatkan Gadis? tapi Gadis pendam perasaan sakit nya itu.Di UITM (M),mereka belajar dengan tenang,tanpa sesiapa tahu sejarah hidup hitam Jejaka.Tetapi dari hari ke hari,Gadis merasakan bhw hidupnya bukan di situ,dia berasakan suatu kesilapan berpindah ke sana tanpa rela. DAn berlakulah kejadian yg lain......


Will be continue... (^_^)

0 comments:

Post a Comment